Bengkel Penulisan GKLN-ADABUNA
Kumpulan Faisal Tehrani
Puisi adalah sesuatu yang subjektif dan boleh sahaja ditafsirkan dengan pelbagai pengertian. Istilah 'puisi' selalu sahaja dikaitkan dengan sesuatu yang indah, murni dan mempunyai rahsia yang sukar disingkapkan. Sebagai satu bentuk pengucapan yang begitu puitis, tentunya puisi sebagai satu genre berbeza dengan prosa. Selain menekankan idea menerusi citarasa luahan perasaan; ekspresi pernyataan puisi juga harus disampaikan dengan diksi yang tepat.
Puisi tidak perlu menggunakan diksi yang indah (tetapi jangan klise) serta, paling tidak ia menepati pengertian yang diberikan oleh William Wordsworth bahawa puisi ialah pengucapan yang imaginatif dari perasaan mendalam, sebolehnya berirama serta terluah secara spontan tentang perasaan yang memuncak yakni yang timbul dari daya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang.
Edgar Allan Poe mengatakan puisi itu ciptaan mengenai keindahan dalam bentuk berirama. Poe beranggapan citarasa adalah unsur yang paling diutamakan. Suara hati adalah sesuatu yang suci dan harus diutamakan dan jika kebetulan selari dengan budaya dan lingkungan intelek maka itu satu hal yang tidak disengajakan. Pengarang Pepohonan Ramadhan ternyata mahu bermain dengan keindahan bahasa, pengulangan atau dengan ritma tetapi ‘terlebih permainan’ boleh sahaja merosakkan keindahan yang diinginkan.
Kita boleh sahaja ‘melemparkan rasa’ tapi terkadang terasa juga ia berbau rintihan yang keterlaluan hingga puisi menjadi satu medan bahasa yang terasa mengkagetkan dan lebih berbentuk slogan yang mencemaskan. Ini telah saya omel dalam puisi Hanya Gerhana.
Meskipun puisi Hanya Sementara serasa bernada seruan dan rintihan yang melelahkan, pun ia masih menepati kehendak puisi. Ini dijelaskan oleh Matthew Arnord betapa puisi adalah satu kritikan tentang kehidupan tetapi harus diingatkan kritikan itu harus dilunasi oleh keindahan berbahasa dan kebenaran yang puitis. Sementara Theodore Watts-Dunton pula berpandangan puisi adalah satu pengucapan yang konkrit sekaligus artistik tentang fikiran manusia melalui penggunaan bahasa yang emosional dan berirama.
Pun saya kira tidak ada salahnya kerana menurut penyair Auden, puisi lebih merupakan pernyataan perasaan yang bercampur-baur.
H.B Jassin, tokoh terkenal sastera Indonesia pula berpendapat puisi adalah merupakan satu pengucapan perasaan yang di dalamnya mengandungi fikiran-fikiran dan tanggapan-tanggapan. Persoalan dalam puisi Hanya Sementara merupakan ikrar untuk mempertahankan maruah agama membuktikan kebenaran pengertian yang diberikan oleh H.B Jassin
Saya harus ingatkan di sini kehendak penyair legenda negara kita Usman Awang yang berpendapat puisi bukanlah nyanyian orang putus asa yang mencari ketenangan dan kepuasan dalam puisi yang ditulisnya. Tapi puisi ialah satu pernyataan sikap terhadap sesuatu atau salah satu atau keseluruhan kehidupan manusia.
KESEDERHANAAN DALAM PUISI
SECARA mudah bagaimanakah kita dapat mengucapkan sebuah puisi yang indah? Jawapannya tentu beragam, malah saya telah menyentuh pelbagai definisi puisi dalam kertas sebelum ini. Untuk menjawab soalan di atas saya teringat kata-kata watak seorang guru sastera kepada pelajar-pelajarnya dalam filem Dead Poets Society, ‘Puisi boleh menyentuh apa sahaja, hal-hal sederhana malahan tetapi yang menjadikan ia berbeza dari kata-kata harian ialah jangan jadikan ia sesuatu yang lazim’.
Boleh sederhana, juga ungkapan seharian tetapi jangan lazim? Bagaimanakah itu?
Ada dua hal yang akan menjadikan sesuatu yang sederhana itu tidak lagi lazim. Satu, berhati-hati dengan pemilihan kata-kata. Ia tidak semestinya berbunga-bunga. Kedua ialah memilih sudut pandang yang berbeza. Kepintaran pengarang menghubungkan dua entiti berbeza dengan satu subjek adalah salah satu elemennya.
Kesan estetetik sesuatu puisi boleh sahaja ditemui pada diksi yang sederhana, tanpa perlu berbunga dan meleret. Pengarang baru sering ghairah untuk bermain dengan kalimat yang besar, dan kadang kala kesasar. Penyair muda juga selalu menyangkakan lebih banyak manipulasi bahasa seperti yang terdengar dalam lirik-lirik lagu di radio maka lebih indah jadinya. Hal ini belum tentu benar kerana selain pemilihan kata yang beritma, getar emosi selalu diruntun oleh hal-hal sederhana dengan pemilihan kata yang juga sederhana tetapi diberi sudut pandang berbeza.
Kegagalan memberi makna kepada pilihan kata-kata, dan juga memberi sudut pandang yang baru terhadap sesuatu boleh mengakibatkan puisi menjadi hanya satu tempelan kata-kata slogan yang kosong dan bersemangat sahaja. Ini menyebabkan puisi-puisi yang dikemukakan di sini menjadi kaku, keras, di mana lontaran kata-kata biasa yang tidak dapat menangkap nurani.
Pun ini tidak harus menjadikan adik-adik lemah semangat kerana penyair tidak terbina dengan satu puisi malahan proses kepengarangan adalah proses yang panjang.
Earphone dilekap ke telinga. Meladeni vokal lunak Pascale Mascelaani lewat rancak melodi Nour el-Chaams merajai gegendang.
Sendirian. Irwan hilang ke Kaherah mengorek khabar teman-teman Palestinian di Cairo University seminggu direman polis rentetan penganjuran perhimpunan Muslim Students Association of Palestine.
Tinggalkan Irwan, Tia. Pintu gerbang universiti sayup-sayup di mata. Replika Al-Quran gergasi tersergam gah. Di situ Nur Hazwani mengheret lenganku tempoh hari.
Kau bukan untuknya dan dia bukan untukmu.
Berhenti menyandari palang besi dibina khas menemboki gigian air. Menarik nafas panjang sebelum menghembus sekali.
Aku dan Irwan yang tidak bersulam persamaan. Sedari kecil, aku digayuti kemewahan. Senang dunia membuat aku lupa, kata papa. Lantas tatkala Abang Rees, kembarku dua minit lebih tua dihantar belajar akauntansi di London School of Economics, aku langsung dipos ke Ismailia menuntut ilmu kejuruteraan. Teman-teman sekolahan tertawa besar mendengar destinasiku Suez Canal University. Jadi ustazahlah engkau nanti, sindir mereka.
Dua musim betah di sini, aku masih seperti dahulu. Bukan sekali rakan-rakan serumah, majoriti penuntut Fakulti Usuluddin dan Sastera Islam, menegur caraku berpakaian. Namun, aku senang kasual. Jumaat, barulah berskaf. Itu pun sekadar diikat dan diselempang ke bahu.Sehelai dua rambut tak lekang berjuraian di dahi.Selalu-selalu mengelak apabila diajak ke usrah dan program tazkirah.
Pergaulan rapat dengan siswa-siswa menyebabkan aku terpulau di kalangan siswi-siswi senegara. Aduh, sempit benar perspektif mereka!
Fakulti Kejuruteraan dimonopoli lelaki, hanya tiga siswi, aku dan dua gadis Jordan. Seringkali pembentangan mahupun sesi diskusi, pasti siswi yang bertiga ini terpecah dan diganding dengan siswa-siswa. Sesekali Huzir dan Adam menelefon bertanyakan buku-buku rujukan atau kertas kerja, sudah ada yang mengerling serong.
Barangkali kerana itulah apabila aku dan Irwan beransur intim, cakap-cakap belakang mula tesebar. (Nama sahaja pelajar aliran agama, nampak sahaja berjubah dan bertudung labuh, kalau bergosip, huh, juara!)
Tak sepadan. Bagai langit dengan bumi. Jauh panggang dari api.
Khabar angin cepat merebak. Kononnya aku mengenakan minyak pengasih agar Irwan tergila-gila.
Irwan tidak bereaksi apabila aku melampias rungutan. Cinta tak mengenal siapa, Tia, ucapnya sepatah tatkala kami jalan-jalan di Reda Street. Malam ketika itu. Karnival Kebudayaan Sedunia merias suasana.. Khalayak sesak menikmati tarian rancak Portugis. Ismailia gemerlap ditata neon beraneka cahaya.
Irwan siswa Fakulti Perubatan dari Kem Wavell, Ba’albek selatan Lubnan namun sensitif dilabel pelarian. Aku bermusafir, katanya, satu hari bakal kembali ke Baitulmaqdis.
Anak yatim, beritahu Dawood semasa aku mengusul sementelah Irwan berat mulut diaju tentang keluarga. Ayahnya mati ditembak Yahudi, dua abang di Al Quds, hukuman penjara seumur hidup dek bergelar anggota Hamas sementara dua lagi ghaib tanpa khabar berita. Ibu tua meninggal sebelum dia datang ke Mesir ini.
Kepayahan dan kedaifan hidup mencernakan Irwan kepada insan berideologi tinggi, bercita-cita besar, bertakwa. Saban tahun pasti dia mencuri masa menyeberangi sempadan ke Arab Saudi mengerjakan umrah. Pernah sekali aku dipelawa menyertai rombongan. Belum sampai seru, aku tertawa janggal.
Irwan pendiam, sinonim di perpustakaan menekuni Qanun fil At-tibb karya agung Ibnu Sina atau as-Shamil fil-Sinaat al-Tabbiyyah tulisan Ibnu Al-Nafis. Paling tidak, dia akrab dengan teman-taman Palestiniannya.
Kekacakan rupa dan kejernihan paras sekaligus memancing peminat-peminat rahsia. Termasuk Wani.
Irwan tak mampu memberi kau segala-galanya. Jangan memangsai hati lelaki sebaik dia.
Aku mengetap bibir rapat-rapat sambil tangan meninggikan volume walkman. Suara garau Amr Diab berkumandang melagukan Nour El-‘Ain.
Tidak layakkah Tia Nur Adam Syauki ini?
Irwan sedia tercegat menanti sebaik-baik aku lolos dari pintu besar bengkel Lighting and Acoustic System. “Merajuk?” dia menyapa, sedikit mengah memintas, aku sengaja memilih jalan jauh.
“Kau lama di Cairo. Manalah tahu melekat perawan genit seorang dua.”
Tawa halus berdesit di cupingan. “Cemburu?” Raihana beriring Sufiah menjeling tajam dari kejauhan. Muncungku spontan berganti senyuman lebar.
“Apa khabar Amar dan Suleyman?”
“Alhamdulillah,” balasnya sepatah, cuba menyelesakan duduk di atas bangku taman universiti. Garis-garis lelah jelas menatari raut wajah. “Kau tak gembira,” dugaku.
“Gembira dalam duka. Apa-apapun Ramallah sebati diecer darah suci bangsa Palestin.”
“Tentu ada penyelesaian-“
Dia menjuring senyum sinis.
“Aku tak nampak sebarang resolusi, Tia. The Greater Israel impian Zionis harus meliputi Tebing Barat, Gaza, Jordan, Sinai, Golan dan Lubnan. Amerika teguh menunjangi lantaran tekanan jutawan domestik Yahudi bisa menaik dan menurunkan kerusi presiden di White House. Mustahil Areil Sharon rela mengalah menerima Baitulmaqdis Barat cuma. Tentu dia tak mahu senasib Yitzak Shamer.”
“Yasser Arafat berharapan tinggi. Dia yakin perjanjian damai bisa diikat.”
“Penghujung 2000, ramai fikir konflik bakal berpenghujung. Israel resah Palestin di ambang kemerdekaan bingkas main kotor. Kaki kotor Areil Sharon angkuh menjejak Al-Aqsa seolah-olah melaung-laung Yahudi tetap berkuasa. Tindakan provokasi dibalas penduduk Palestin dengan tunjuk perasaan kemudiannya kejam ditangani peluru tentera Israel. Proses damai tergendala. Propaganda Israel berjaya.”
“Hei, perlu diingat, OIC masih ada!” aku mengingatkan, dibalas senyuman jengkel di hujung bibir Irwan.
“Israel melanggar ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Perjanjian Oslo mahupun Perjanjian Sharm El-Sheikh, tapi apa dunia Islam buat? Mengapa OIC anggotanya seratus-peratus negara Islam tidak berdaya mengambil langkah tegas? Mudah. Negara Islam tidak kuat kerana tidak bersatu. Terbentuklah kumpulan-kumpulan radikal Hamas, Jihad Islam, Amal dan Hizbullah, melancarkan serangan-serangan kecil yang menyakitkan namun tidak akan mampu mengalahkan Yahudi. Mereka alpa perpaduan aset terpenting malah sering ditekankan oleh Khalifah Umar Al-Khattab kepada bala tenteranya.”
“Kesedaran ada tetapi kau di sini,” aku meningkah.
“Aku teringat kisah Sheikh Badiuzzaman Sa’id Khursi tokoh reformasi pendidikan Turki hayatnya awal abad kedua puluh. Tahir Basha telah membacakan ucapan Gladestone, Menteri Tanah Jajahan Britain melalui akhbar di amna menteri itu dalam perhimpunan rasmi kerajaan telah memegang mashaf Al-Quran dan berkata, ‘Selagi kitab ini menjadi pegangan orang Islam, selagi itulah kita tidak akan menguasai mereka. Maka Al-Quran ini hendaklah dijauhkan.’
Nursi terus bangkit seraya melafazkan azam,’Akan aku buktikan kepada dunia bahawa Al_Quran adalah mentari maknawi yang tidak akan luntur sinarnya dan tidak akn dapat dipadamkan cahayanya.’
Dari situ dia gigih memartabatkan pendidikan menyeluruh duniawi ukhrawi sebagai benteng imperialisme minda.
Begini, Tia. Yahudi tidak menggentari pemuda-pemuda Palestin mengangkat senjata, mereka menggeruni pemuda-pemuda Palestin taat beragama.
Allah Subhanawataala berfirman;
‘Allah menjadi pembela orang-orang bertakwa. Mengaku Islam belum dijamin mendapat keberkatan Allah. Tanpa takwa, segala kekuatan lahiriah tidak berupaya menampan barisan umat Islam menghadapi musuh-musuhnya.’”
Azan Asar bergema. Aku melepaskan Irwan permisi ke masjid dengan ekor mata. Kasih sedia berbunga memekar. Lelaki ini terlalu istimewa!
Awan putih berambal-ambalan laju menyelisih. Aku menyandari kusyen empuk penumpang kelas satu pesawat besar Boeing 747 Penerbangan Malaysia mengukur langit kembali ke Kuala Lumpur.
Mama mendesak pulang. Kak Ayda bertunang. Semua mesti berkumpul. Tidak boleh tidak.
Sebetulnya, aku liat hendak meninggalkan Ismailia. Teman-teman sefakulti bersepakat berombongan ke Giza melangsai baki cuti musim panas masih bersisa. Kepingin rasanya menatap gagah piramid tujuh ribu tahun dan sphinx gergasi di muara Nil.
Tambah pula, aku gagal bertemu Irwan sehari dua ini. Culas benar dia mengelak. Ada hal tu, Ferhad teman serumahnya menyedapkan hati. Huh, mengalahkan menteri!
Pramugari genit berkebaya menghulur dulang makanan. Sate lima cucuk dan kuah kacang harum menebar aroma menggebu selera. Sesekali aku tiada, biar dia pula nanar tercari-cari!
Aduh, penat! Aku menggeliat pulas di ats kerusi pusing. Riuh para tetamu di tingkat bawah culan-calin meningkah. Rombongan Abang Zahir belum tiba. Seharian mengabdi diri melayan jemputan, aku lolos ke bilik studi papa lewat terlepas lirikan tajam mama.
Tergerak hati, komputer peribadi dihidupkan. Malas-malas akses ke akaun mel. Cuma satu mel baru menghuni kotak masuk. Irwan. Paras adrenalin melonjak tiba-tiba namun mendadak turun semula.
‘Kadang kala, prinsip harus ditelan dan ludah terpaksa dijilat kembali. Tuduhlah apa sahaja kerana aku layak menerima. Masjidil Al Aqsa menyeru minta dibentengi. Jihad Sallehuddin Al Ayubi serasa menjalari diri. Sudah tiba masanya perkelanaan ini diakhiri. Maaf dan salam permisi.’
Aku longlai di sisi mama. Air mata semena-mena luruh memerhati bonda Abang Zahir menyarung cincin seutas bertatah berlian ke jari manis kekanda sulung itu.,
“Kenapa ni?” mama berkerut di dahi.
“Gembira……” mama mengorak senyum.
“Selepas ini, Tia pula.” Otot bibir kupaksa bekerja.
‘Terlambat, ma!’
Benar bagai dikata. Kelibat Irwan ghaib terus. Pengajian tahun ketiga bermula. Aku separa letai menghadiri Pengajian Mesin dan Jentera. Syarahan Dr. Sayed Akhbar antara dengar dengan tidak menghinggapi pendengaran.
Faringis menyinggung bahu ketika Rekaan Asas. “Kau sihat?” dia sungguh-sungguh bertanya.
Bayangan Irwan di mana-mana.
Menunjal-nunjal kepala.
Besar impaknya lelaki itu padaku.
“Anti teringatkan kekasihkah?” perli Dr. Wahidah sewaktu Sejarah Kejuteraan Islam. Aku senyap tunduk mengutip buku catatan berterabur di lantai.
Patah tumbuh hilang berganti. Tamsilan Melayu nan murah di bibiran Abang Rees rasi bertukar teman nita seumpama menyalin baju melegari jaluran serebelum gagal mengubat rawan
Birthday girl tak boleh bersedih tahu!
Usikan Irwan menyerang tanpa dijangka.
Aku lekas-lekas meningglkan makmal komputer. Genap 23 tahun hari ini. Kurung Johor bersembat dari mama tiba semalam. Jumper kaitan benang bulu Scotland titipan Abang Rees sudah tersemat dalam almari. Gelang kristal jernih bentuk hati kiriman Kak Ayda sedia melingkari pergelangan kiri.
Ja’afar menghulur kotak berbalut semasa berpapasan di hadapan Dewan Perdana Ibn Rusyd. Amanah Irwan, ujarnya, aku diminta menyampaikan cuma.
Gopoh membuka, aku gamam menarik isi kotak keluar. Skaf merah samar tenunan benang emas buatan Turki kurapatkan ke dada. Jemari menggagau nota ringkas di celah lipatan.
Tia,
Diam bukan bererti rela,
Menegur bukan bermakna benci,
Tak kenal maka tak cinta,
Izin Allah, satu hari kita sama-sama menjejak Tanah Haram,
Kau bisa memilih warna kegemaran sendiri kelak.
Selamat ulang tahun,
Irwan.
Perlahan-lahan aku bangkit mendekati cermin. Skaf dilitup membaluti kepala. Menyelongkar bekas porselin di atas meja solek mencari kerongsang kecil. Melihat tepian seperti selalu diajar Wirda. Selesai. Tertegun menatap imejan sendiri. Pintu berkeriut. Aku berpusing. Nur Hazwani kaku di birai katil. Kertas sekeping bertulis tangan lunyai lumat dalam ramasan.
“Seluruh kampus kecoh. Irwan maut di Haifa.”
* * *
Keputusan imtihan niha’ie keluar hari ini. Aku lulus semua subjek dan disenarai penerima ijazah kepujian.
Penerbangan pulang tangah hari esok. Barang-barang siap berkemas. Beg siap berisi. Kotak-kotak kemas berikat. Cuma geruh tiba-tiba merobek dada. Meninjau deretan kedai-kedai di pekan Ismailia buat kali terakhir, kaki bagai diheret-heret meladeni putih butir-butir pasiran halus pantai Morgan.
“Majlis tahlil selepas Isyak,” Novia berbisik tatkala berpapasan di kafeteria.
Ombak nakal mengiringi langkah. Aku membiarkan hujung kain baju kurung lencun dibasahi air masin.
Genap tiga tahun Irwan pergi.
‘ ……..bas`penumpang diletupkan di Haifa, 195 km ke selatan Jerusakem, Israel mengorbankan lebih 200 penduduk Yahudi dipercayai didalangi pejuang berani mati Jihad Islam, Irwan Haq……….’
Bodohkah Irwan atau manusia cenderung mencari jalan pintas apabila tidak berdaya?
Nur Hazwani melambai dari kejauhan mengajak menyertai. Perawan Kuala Pilah itu pernah mengongoi di bahuku.
‘Aku malu bertepuk sebelah tangan, Tia!’
Sudah diciptakan seorang perempuan itu untuk seorang lelaki. Dia ditaqdim Ismail bulan lalu. “Sudah pulang, ingat aku, tahu?” Aneh, kami akrab semenjak kematian Irwan. Setiap yang berlaku punya hikmah. Tersurat atau tersirat.
Angin menyerbu laju. Aku menarik bucu tudung sutera Turki merah samar dari ditiup bayu. Darah berderau naik ke muka tiba-tiba. Pantas berlari-lari anak mencari pondok telefon berhampiran pintu besar universiti.
Nur Hazwani terpinga-pinga apabila aku mendail Penerbangan Malaysia.
“Tia, kau-“
Aku melekap jari ke bibir. Talian kedua bersambung. “Mama, Tia tangguhkan penerbangan. Tia nak ke Mekah. Umrah.”
Rebecca Ilham
Ulasan Faisal Tehrani:
Peserta: Zainab Haron Yahya
Karya: Pepohonan Ramadhan (Sajak), Perisai Si Pahlawan (Sajak)
Jumlah Karya: 2
Email: faizzin786@yahoo.com
Pepohonan Ramadhan
Pohon-pohon itu
asalan benih iman dan taqwa
yang bercambah dari kerendahan hati
mengikis noda hitam yang terpalit
mambalut telus ibadah hanya padaNya
Pohon-pohon itu
tumbuh dari benih-benih keinsafan
dedaunan yang rimbun jadi teduhan
si abid dalam keletihan terik mentari
membahang lapar dan dahaga
Pohon-pohon itu
berkembang mekar dari siraman
air-air rahmat Khaliq yang Sani
damba si Abid mengganda ajru
sipikan sengketa sisikan saudara
Pohon-pohon itu
disulami baja-baja pengampunan
tersirat muluknya malam Al-Qadar
umpama seribu bulan ganjaran
anugerah buat si Abid yang ikhlas
Pepohonan Ramadhan
tiadakan layu dan tua
seperti usia bakal menginjak senja
amalan jariah jua kekal
menjadi pelita di kala gelita
Zainab Haron Yahya
Madinah Ahlam
Perisai Si Pahlawan
Tatkala ghazwah memuncak bahangnya
Medan juang digasak prahara samudera
Teduhan iman membenam kelana gusar
Kesatuan Ummah senjata si Pahlawan
Imannya ibarat perisai kental
Yang membela ummah dalam yakin
Juangnya berpaksi ada kerana
Megimpi nikmat syurgawi syuhada
Menopang redha empunya Arash
Musim deras berlalu usai
Hilang di telan zaman-berzaman
Perisai kian di cari jejaknya
Agenda si kuffar
Membelit perisai rapuh metah
Tercarik sukma bermandi darah
Bangkitlah senjata Ummah
Jejaki keyakinan perisai itu
Usah dibiar terus-terusan di mamah.
Zainab Haron Yahya
Nukilan mangsi hati
Kota Pantai Madinah Ahlam
Ulasan Faisal Tehrani:
Untuk : Pepohonan Ramadhan
(Apa kata kalau saya tulis semula puisi baru yang lebih jimat kata-kata dari ini? Dengan mengambil semula baris-baris dari puisi saudara? Pengulangan yang saudara lakukan terasa indah pada sudut pandang saudara tetapi menjengkelkan dan membosankan untuk pembaca. Puisi harus jimat, harus singkat, harus memuatkan kata-kata yang paling sedikit, tetapi terbaik, dan dapat menyampaikan mesej.)
Pohon-pohon itu
asalan benih iman dan taqwa
tumbuh dari benih-benih keinsafan
dedaunan yang rimbun jadi teduhan
berkembang mekar dari siraman
air-air rahmat Khaliq yang Sani
disulami baja-baja pengampunan
tersirat muluknya malam Al-Qadar
Pepohon Ramadhan
tiadakan layu dan tua
menjadi pelita di kala gelita
Untuk: Perisai Si Pahlawan
(Di bawah ini adalah sebuah puisi retorik. Awas puisi retorik boleh sahaja menjadi puisi pekik yang sia-sia dan tidak masuk menerpa ke dalam hati atau sukma. Saudara mesti membayangkan pembaca saudara tidak ikut usrah dan tidak bersama saudara, jadi cabaran untuk saudara ialah bagaimana menjadikan puisi ini indah sampai orang yang rasa tiada kena-mengena dengan ‘perang’ mahu ikut serta oleh kehalusan bahasa.)
(Puisi ini adalah jenis puisi slogan atau retorik. Puisi jenis pekik begini (puisi yang lebih peribadi selalunya dinamai puisi bisik) boleh dan mudah untuk tergelincir menjadi sesuatu yang membosankan (jika pembacanya bukan dalam kalangan yang diseru), atau menyampah (jika pembacanya lain ideologi) atau kesannya tidak indah. Puisi, apa itu puisi? Puisi ialah keindahan. Nah, perhatikan kalimat infarksi, setakat manakah indahnya? Penggunaan bahasa melayu yang lebih halus tentu sahaja boleh difikirkan berbanding satu kalimat yang menggeliatkan lidah langsung menjadikan puisi hilang fungsinya iaitu menggugah jiwa, dan itu berlaku di perenggan pertama!)
Diksi ‘jiwa yang lelah’ kurang mengujakan dan tidak memberi getar emosi kepada pembaca. Apa yang mesti penyair baru ingat ialah puisi mesti indah tetapi itu tidak bermakna ia juga mesti melankolik. Sebetulnya ‘hanya gerhana’ sangat langsung frasa ini. Barangkali lebih baik jika ia menjadi:
Gerhana sementara
bujuk sukma
setelah rebah khilafah.
(Saudara mesti ingat puisi juga mestilah ekonomi dari segala kata-kata. Minimakan penggunaan kalimat seboleh mungkin dalam menyampaikan mesej. Jadi bandingkan ‘bujuk sukma’ dengan ‘begitu pujukku pada jiwa yang lelah’. Puisi juga harus mengandung misteri, jika awal-awal lagi saudara sudah menangisi kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, sudah hilang suspen, thrill, ujaan dan sebagainya. Malah jika tidak disebut khilafah Uthmaniyyah lebih baik kerana kita bukan sahaja duka akan rebahnya Uthmaniyyah sahaja, tetapi juga oleh ketamadunan di Andalusia, Moghul di India, kesultanan Melayu di Manila dan argh banyak lagi, maka ia tak harus jadi yang khusus seawal ini. Ingat, puisi mesti ada misteri.)
Sedari engkau,
Putih pernah lunturkan hitam
Saat empat khulafa’ membasuh daki jahiliyah
Dengan sesuci air di multazam
Tatkala merentap mesir, syria dari tangan romawi
Nuruddin, Salahuddin, Mamaliki
Bermandi darah, keringat dan air mata
Agar nur islam terus menyala
Waima hamasah krusader dan monggol
Tiada henti menghembus bara yang hampir padam
(Bandingan putih dan hitam adalah klise. Dan dalam karya sastera klise adalah sesuatu yang fatal! Usahakan bandingan yang lebih baru. Saya hilang minat sejak perenggan kedua ini. Mengapa? Oh penggunaan kalimat ‘merentap’ sangat kurang ajar sekali. Islam tidak pernah merentap mana-mana wilayah tetapi membersihkannya, mereformasikannya, kerana itu kita namai jatuhnya Mekah ke tangan Muslimin dengan pembukaan kota Mekah. Bukan penaklukan kota Mekah.)
Perhatikan lagi klise pada frasa ‘bermandi darah, keringat dan air mata’. Atau ‘nur Islam terus menyala’. Argh watak guru dalam Dead Poet Society akan mengatakan, ia terlalu ordinary! Juga terlalu retorik dan slogan. Puisi ini boleh dikatakan ketinggalan zaman, kerana jenis bersemangat begini hanya ditulis oleh Abuya satu masa dahulu)
Wahai jiwa yang gundah
Biarpun sekarang,
kita ibarat singa terikat
Kacau, rungsing dengan kealpaan diri
Ditipu licik si tikus
Biarpun dirantai kemunduran
Dilarik-larik pemikiran, ekonomi atas peta kolonisasi
Dan dicipta tembok pemisah bernama nasionalisma.
(Oh ini bukan puisi, ini esei.)
Namun,
Islam mampu bangkit!
Kerna tanah-tanah, gunung ganang dan padang pasir kita
Terlimpah kekayaan luar biasa
Shaksiah Islami pantas memugar kembali
Akhlaq insan nazak diserang virus westernisasi
Wacana fikir generasi rabbani mampu merentas semesta
Membina bangunan ummah pada satu paksi
(Jangan guna tanda seru jika tak perlu. Tanda seru pada frasa ‘Islam mampu bangkit!’ menjadikan karya puisi begini puisi bacaan atau puisi pentas (yakni layak untuk dideklamasikan tetapi sukar untuk dihayati pada waktu damai. Perkataan yang tidak indah lain ialah: westernisasi.)
Ayuh,
Kita tiupkan kembali ‘izzatul islam
Saat itu,
Tonybee pasti kan terkesima
Pabila wehdatul ummah bangun dari lena panjang
Dan Paramashdor kan mengigit jari
Pabila barisan islam turun dari langit
Membenarkan hitungannya!
(Saudara, saya pasti Toynbee TAK akan terkesima sedikit pun. Puisi dengan roh Islam atau jihad tidak semestinya berbau seruan. Pernah baca puisi panjang Pak Samad Said, Balada Hilang Peta tentang tragedi Natrah di Singapura? Bahasanya halus, puisinya pekik kerana melibatkan hal masyarakat tetapi dalam kehalusan itu (tanpa seruan dan retorik) kita rasa mahu bangkit dan memperjuangkan maruah seorang wanita Islam, begitu juga puisi-puisi Usman Awang. Saya merasakan puisi ini sangat langsung. Puisi haruslah membicarakan satu-satu tema dengan cara yang amat tidak langsung. Disitulah timbulnya keindahan.Berdasarkan pemilihan kata, puisi ini disiapkan dengan tergesa-gesa. Penyairnya kurang membaca puisi orang lain (ini tidak harus berlaku, syarat karyawan yang baik ialah membaca karya lain). Dan ghairah memasukkan silibus usrah dalam puisinya.)
fiezanur
3 November 2006
harold’s cross, Dublin
Untuk: SEMALAM DAN HARI INI (baina al ams wal yaum)
SEMALAM DAN HARI INI (baina al ams wal yaum)
(menghalusi tema PUISI 2006-7 habits of highly effective muslim)
Semalam aku bertatih dalam sinar kelam
Mengeja kehidupan
walau payah seringkali menjenguk
(Permulaan yang begitu promosing.)
Lorong kaca itu
Kususuri walau satu demi satu langkahku
Menagih darah, keringat dan air mataku
Pada asbab;
Aku tidak tegar melihat jerih payah
Ayahanda bonda tergadai dek kemalasan dan kelemahanku
Pada asbab;
Aku ingin meniti sinar kejayaan
Waima diri serba kurang
(Keindahan puisi tiba-tiba hilang seolah-olah penyair mahu bercakap-cakap biasa sahaja. Untuk jadi luar biasa harus ada misterius, metafora dan sebagainya.)
Sungguh janji Tuhan itu pasti
Tiada siapa yang berusaha, melainkan Kau membayarnya
Sedetik aku bertatih di lorong kaca
Aku tiba di boulevard penuh ranjau duri
Tuhan, sesungguhnya Kau masih mahu menguji
Aku merangkak, berjalan dan kalau perlu berlari
Mengejar kejayaan; yang kupasti ada di hujung sana
(Elakkan bahasa lain dari bahasa Melayu untuk mengekalkan keaslian dan keindahan.)
Musim yang empat, itulah saksi setia jatuh bangunku
Sejuk salju tak bisa memendam beku semangatku
Azamku tak bisa gugur bersama kekuningan daun musim luruh
Mentari yang mencengkam tak bisa menghambat aku bermalasan
Di teduhan lagha
Warna-warna yang mekar lewat musim bunga tak bisa melalai diri
Dengan pesona dunia
(Lihat frasa ‘saksi setia jatuh bangunku’ adalah satu frasa yang klise, saya cabar adik-adik untuk jadi lebih kreatif)
Wal hasil, kini
Aku hampir tamat pengajian di madrasah hidup
Ijazahku; muslim yang cemerlang dalam tribulasi dunia
Dan imtihan ukhrawi
Tuhan, saksikanlah wahai Yang Maha Menyaksikan
Keihklasan abid-Mu dan kesungguh khalifah-Mu ini
Dalam mengimarahkan dar al fana
Demi berteduh di bawah redhaMu.
fiezanur
harold’s cross
23 oktober 2006
ULASAN UMUM FAISAL TEHRANI MENGENAI PUISI:
TENTANG DEFINISI PUISI

_____________________________________
Peserta: Adila Zarin
Karya: Untuk Anak-anak Palestina (Sajak) , Nurani Adat (Sajak)
Jumlah Karya: 2
Email: yagamimy@yahoo.com
Untuk anak-anak Palestina
Di kota itu pernah ada tapak kaki yang mulia
Ada laungan menyeru pada cahaya
Ada satu empayar terbina
Ada azam kental merata-rata
Gegak gempita memecah sunyi fajar
Langit biru bertukar warnanya
Merah...semerah darah ibu yang tersungkur kelmarin
Tangannya erat merangkul anak
Anak yang masih merah
Aduhai! Hanya jika kau ibu itu
Atau itu ibumu
Serentak satu semboyan melaung
Berlangsung demi ibu
Siapa itu yang kulihat?
Bertubuh kecil berjubah pula
Kelmarin ku melihatnya menyepak bola
Hari ini bersenjata pula?!
Dalam hingar ada sayup
Mungkin suara hatinya
Jangan bimbang ayahanda
Pergilah menghadap Ilahi
Oh ya! Ayahanda, bonda juga sudah pergi
Bersama adik kecil kita
Ayahanda belum memberi nama
Sudah kau jelas siapa petualang
Ada tanduk bercabang-cabang mencucuk jiwa
Terjelir marak dua apinya menjalar
Satu membakar di jalanan
Satu membakar di tepian hati
Dan syaitan-syaitan itu…
Bagai tak mengerti istilah derita dan cinta
Tak sedar malaikat menunggu dengan belenggu
Terus amat rakus menjilat darah syuhada yang ‘berkolam’
Menodai dan membuntingkan srikandi
Tapi kau berpura buta
Menekup telinga
Dari mulut terpacul kata
Ummah! Ummah! Ummah!
Jijik..jelek sekali perilaku itu
Ingat! di hari perkumpulan nanti
Mungkin kau dipanggil menjadi saksi
Terkadang aku berasa amat malu
Jijik dengan perkataanku
Mungkin aku juga duduk di atas batu
Memerhati dan melaung
Hanya sekadar itu
Hanya sekadar itu
Dan kau begitu khusyu’ menilai mukadimah
Akhirnya terkaku tanpa berhujah
Menunduk sambil berteleku menyalahi takdir
Tangan tersorok lidah terkunci
Lihat..Atid sedang mencatit..
Bisiknya..jangan kau salahkan aku..
Bangkitlah di bulan mulia ini
Biar anak-anak Palestinia tahu
Kita masih berkirim salam.
Adila Zarin
26 oktober 2006
Nurani adat.
Bagai sampan berlabuh di dermaga.
Berayun setempat tetap berpasak.
Mengucap salam pada bayu yang menyapa.
Tak lupa merisik khabar dari seberang.
Terpahat di sanubari, ya tuan.
Perantau tak lupa usulnya.
Biar langkah mencecah hujung dunia.
Berakar jua pada adatnya.
Biar jasad berdiri di barat.
Tetap bayang kita ke timur condongnya.
Tutur berlapik merendah diri.
Kias berhemah dalam madah.
Biar keras irama di awangan.
Tetap gemalai rentak tari kita.
Manis senyuman kan terpelihara
Dalam ketinggian budi bahasa.
Biarku khabarkan.
Indahnya budaya kita, ya tuan.
Memikat gadis di sisip pantun.
Berpesan-pesan di rentak seloka.
Bermuafakat sekampung senada berdikir.
Memujuk rajuk berirama keroncong.
Beradu tenaga berbunga silat.
Warisan kita harap berantaian.
Yang buruk boleh dimolekkan.
Yang molek boleh digilapkan.
Biar terkenal di seluruh nusantara.
Kita bangsa bersinar bak sahmura.
Adila Zarin
6 disember 2006
Ulasan Faisal Tehrani:
Untuk: Untuk anak-anak Palestina
Untuk: Nurani adat

_______________________________________________
Peserta: Hazwani (Rebecca Ilham)
Karya: Seru Ismailia (Cerpen)
Jumlah Karya: 1
Email: beckyilham@yahoo.com
Seru Ismailia
Oleh: Rebecca Ilham
Pawana hangat Laut Mediterranean keras mengirai rambut. Aku gelandangan sendirian mentelusuri pesisir pantai Al Denfants, mencerling kapal-kapal layaran mewah eksklusif mendatangi Terusan Suez nan sibuk. Panas. Mujur tergerak hati berkemeja kapas corak gingham dan celana denim cuma.
Peserta: Hazwani (Rebecca Ilham)
Karya: Seru Ismailia (Cerpen)
Jumlah Karya: 1
Email: beckyilham@yahoo.com
Seru Ismailia
Oleh: Rebecca Ilham
Pawana hangat Laut Mediterranean keras mengirai rambut. Aku gelandangan sendirian mentelusuri pesisir pantai Al Denfants, mencerling kapal-kapal layaran mewah eksklusif mendatangi Terusan Suez nan sibuk. Panas. Mujur tergerak hati berkemeja kapas corak gingham dan celana denim cuma.
Earphone dilekap ke telinga. Meladeni vokal lunak Pascale Mascelaani lewat rancak melodi Nour el-Chaams merajai gegendang.
Sendirian. Irwan hilang ke Kaherah mengorek khabar teman-teman Palestinian di Cairo University seminggu direman polis rentetan penganjuran perhimpunan Muslim Students Association of Palestine.
Tinggalkan Irwan, Tia. Pintu gerbang universiti sayup-sayup di mata. Replika Al-Quran gergasi tersergam gah. Di situ Nur Hazwani mengheret lenganku tempoh hari.
Kau bukan untuknya dan dia bukan untukmu.
Berhenti menyandari palang besi dibina khas menemboki gigian air. Menarik nafas panjang sebelum menghembus sekali.
Aku dan Irwan yang tidak bersulam persamaan. Sedari kecil, aku digayuti kemewahan. Senang dunia membuat aku lupa, kata papa. Lantas tatkala Abang Rees, kembarku dua minit lebih tua dihantar belajar akauntansi di London School of Economics, aku langsung dipos ke Ismailia menuntut ilmu kejuruteraan. Teman-teman sekolahan tertawa besar mendengar destinasiku Suez Canal University. Jadi ustazahlah engkau nanti, sindir mereka.
Dua musim betah di sini, aku masih seperti dahulu. Bukan sekali rakan-rakan serumah, majoriti penuntut Fakulti Usuluddin dan Sastera Islam, menegur caraku berpakaian. Namun, aku senang kasual. Jumaat, barulah berskaf. Itu pun sekadar diikat dan diselempang ke bahu.Sehelai dua rambut tak lekang berjuraian di dahi.Selalu-selalu mengelak apabila diajak ke usrah dan program tazkirah.
Pergaulan rapat dengan siswa-siswa menyebabkan aku terpulau di kalangan siswi-siswi senegara. Aduh, sempit benar perspektif mereka!
Fakulti Kejuruteraan dimonopoli lelaki, hanya tiga siswi, aku dan dua gadis Jordan. Seringkali pembentangan mahupun sesi diskusi, pasti siswi yang bertiga ini terpecah dan diganding dengan siswa-siswa. Sesekali Huzir dan Adam menelefon bertanyakan buku-buku rujukan atau kertas kerja, sudah ada yang mengerling serong.
Barangkali kerana itulah apabila aku dan Irwan beransur intim, cakap-cakap belakang mula tesebar. (Nama sahaja pelajar aliran agama, nampak sahaja berjubah dan bertudung labuh, kalau bergosip, huh, juara!)
Tak sepadan. Bagai langit dengan bumi. Jauh panggang dari api.
Khabar angin cepat merebak. Kononnya aku mengenakan minyak pengasih agar Irwan tergila-gila.
Irwan tidak bereaksi apabila aku melampias rungutan. Cinta tak mengenal siapa, Tia, ucapnya sepatah tatkala kami jalan-jalan di Reda Street. Malam ketika itu. Karnival Kebudayaan Sedunia merias suasana.. Khalayak sesak menikmati tarian rancak Portugis. Ismailia gemerlap ditata neon beraneka cahaya.
Irwan siswa Fakulti Perubatan dari Kem Wavell, Ba’albek selatan Lubnan namun sensitif dilabel pelarian. Aku bermusafir, katanya, satu hari bakal kembali ke Baitulmaqdis.
Anak yatim, beritahu Dawood semasa aku mengusul sementelah Irwan berat mulut diaju tentang keluarga. Ayahnya mati ditembak Yahudi, dua abang di Al Quds, hukuman penjara seumur hidup dek bergelar anggota Hamas sementara dua lagi ghaib tanpa khabar berita. Ibu tua meninggal sebelum dia datang ke Mesir ini.
Kepayahan dan kedaifan hidup mencernakan Irwan kepada insan berideologi tinggi, bercita-cita besar, bertakwa. Saban tahun pasti dia mencuri masa menyeberangi sempadan ke Arab Saudi mengerjakan umrah. Pernah sekali aku dipelawa menyertai rombongan. Belum sampai seru, aku tertawa janggal.
Irwan pendiam, sinonim di perpustakaan menekuni Qanun fil At-tibb karya agung Ibnu Sina atau as-Shamil fil-Sinaat al-Tabbiyyah tulisan Ibnu Al-Nafis. Paling tidak, dia akrab dengan teman-taman Palestiniannya.
Kekacakan rupa dan kejernihan paras sekaligus memancing peminat-peminat rahsia. Termasuk Wani.
Irwan tak mampu memberi kau segala-galanya. Jangan memangsai hati lelaki sebaik dia.
Aku mengetap bibir rapat-rapat sambil tangan meninggikan volume walkman. Suara garau Amr Diab berkumandang melagukan Nour El-‘Ain.
Tidak layakkah Tia Nur Adam Syauki ini?
Irwan sedia tercegat menanti sebaik-baik aku lolos dari pintu besar bengkel Lighting and Acoustic System. “Merajuk?” dia menyapa, sedikit mengah memintas, aku sengaja memilih jalan jauh.
“Kau lama di Cairo. Manalah tahu melekat perawan genit seorang dua.”
Tawa halus berdesit di cupingan. “Cemburu?” Raihana beriring Sufiah menjeling tajam dari kejauhan. Muncungku spontan berganti senyuman lebar.
“Apa khabar Amar dan Suleyman?”
“Alhamdulillah,” balasnya sepatah, cuba menyelesakan duduk di atas bangku taman universiti. Garis-garis lelah jelas menatari raut wajah. “Kau tak gembira,” dugaku.
“Gembira dalam duka. Apa-apapun Ramallah sebati diecer darah suci bangsa Palestin.”
“Tentu ada penyelesaian-“
Dia menjuring senyum sinis.
“Aku tak nampak sebarang resolusi, Tia. The Greater Israel impian Zionis harus meliputi Tebing Barat, Gaza, Jordan, Sinai, Golan dan Lubnan. Amerika teguh menunjangi lantaran tekanan jutawan domestik Yahudi bisa menaik dan menurunkan kerusi presiden di White House. Mustahil Areil Sharon rela mengalah menerima Baitulmaqdis Barat cuma. Tentu dia tak mahu senasib Yitzak Shamer.”
“Yasser Arafat berharapan tinggi. Dia yakin perjanjian damai bisa diikat.”
“Penghujung 2000, ramai fikir konflik bakal berpenghujung. Israel resah Palestin di ambang kemerdekaan bingkas main kotor. Kaki kotor Areil Sharon angkuh menjejak Al-Aqsa seolah-olah melaung-laung Yahudi tetap berkuasa. Tindakan provokasi dibalas penduduk Palestin dengan tunjuk perasaan kemudiannya kejam ditangani peluru tentera Israel. Proses damai tergendala. Propaganda Israel berjaya.”
“Hei, perlu diingat, OIC masih ada!” aku mengingatkan, dibalas senyuman jengkel di hujung bibir Irwan.
“Israel melanggar ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Perjanjian Oslo mahupun Perjanjian Sharm El-Sheikh, tapi apa dunia Islam buat? Mengapa OIC anggotanya seratus-peratus negara Islam tidak berdaya mengambil langkah tegas? Mudah. Negara Islam tidak kuat kerana tidak bersatu. Terbentuklah kumpulan-kumpulan radikal Hamas, Jihad Islam, Amal dan Hizbullah, melancarkan serangan-serangan kecil yang menyakitkan namun tidak akan mampu mengalahkan Yahudi. Mereka alpa perpaduan aset terpenting malah sering ditekankan oleh Khalifah Umar Al-Khattab kepada bala tenteranya.”
“Kesedaran ada tetapi kau di sini,” aku meningkah.
“Aku teringat kisah Sheikh Badiuzzaman Sa’id Khursi tokoh reformasi pendidikan Turki hayatnya awal abad kedua puluh. Tahir Basha telah membacakan ucapan Gladestone, Menteri Tanah Jajahan Britain melalui akhbar di amna menteri itu dalam perhimpunan rasmi kerajaan telah memegang mashaf Al-Quran dan berkata, ‘Selagi kitab ini menjadi pegangan orang Islam, selagi itulah kita tidak akan menguasai mereka. Maka Al-Quran ini hendaklah dijauhkan.’
Nursi terus bangkit seraya melafazkan azam,’Akan aku buktikan kepada dunia bahawa Al_Quran adalah mentari maknawi yang tidak akan luntur sinarnya dan tidak akn dapat dipadamkan cahayanya.’
Dari situ dia gigih memartabatkan pendidikan menyeluruh duniawi ukhrawi sebagai benteng imperialisme minda.
Begini, Tia. Yahudi tidak menggentari pemuda-pemuda Palestin mengangkat senjata, mereka menggeruni pemuda-pemuda Palestin taat beragama.
Allah Subhanawataala berfirman;
‘Allah menjadi pembela orang-orang bertakwa. Mengaku Islam belum dijamin mendapat keberkatan Allah. Tanpa takwa, segala kekuatan lahiriah tidak berupaya menampan barisan umat Islam menghadapi musuh-musuhnya.’”
Azan Asar bergema. Aku melepaskan Irwan permisi ke masjid dengan ekor mata. Kasih sedia berbunga memekar. Lelaki ini terlalu istimewa!
Awan putih berambal-ambalan laju menyelisih. Aku menyandari kusyen empuk penumpang kelas satu pesawat besar Boeing 747 Penerbangan Malaysia mengukur langit kembali ke Kuala Lumpur.
Mama mendesak pulang. Kak Ayda bertunang. Semua mesti berkumpul. Tidak boleh tidak.
Sebetulnya, aku liat hendak meninggalkan Ismailia. Teman-teman sefakulti bersepakat berombongan ke Giza melangsai baki cuti musim panas masih bersisa. Kepingin rasanya menatap gagah piramid tujuh ribu tahun dan sphinx gergasi di muara Nil.
Tambah pula, aku gagal bertemu Irwan sehari dua ini. Culas benar dia mengelak. Ada hal tu, Ferhad teman serumahnya menyedapkan hati. Huh, mengalahkan menteri!
Pramugari genit berkebaya menghulur dulang makanan. Sate lima cucuk dan kuah kacang harum menebar aroma menggebu selera. Sesekali aku tiada, biar dia pula nanar tercari-cari!
Aduh, penat! Aku menggeliat pulas di ats kerusi pusing. Riuh para tetamu di tingkat bawah culan-calin meningkah. Rombongan Abang Zahir belum tiba. Seharian mengabdi diri melayan jemputan, aku lolos ke bilik studi papa lewat terlepas lirikan tajam mama.
Tergerak hati, komputer peribadi dihidupkan. Malas-malas akses ke akaun mel. Cuma satu mel baru menghuni kotak masuk. Irwan. Paras adrenalin melonjak tiba-tiba namun mendadak turun semula.
‘Kadang kala, prinsip harus ditelan dan ludah terpaksa dijilat kembali. Tuduhlah apa sahaja kerana aku layak menerima. Masjidil Al Aqsa menyeru minta dibentengi. Jihad Sallehuddin Al Ayubi serasa menjalari diri. Sudah tiba masanya perkelanaan ini diakhiri. Maaf dan salam permisi.’
Aku longlai di sisi mama. Air mata semena-mena luruh memerhati bonda Abang Zahir menyarung cincin seutas bertatah berlian ke jari manis kekanda sulung itu.,
“Kenapa ni?” mama berkerut di dahi.
“Gembira……” mama mengorak senyum.
“Selepas ini, Tia pula.” Otot bibir kupaksa bekerja.
‘Terlambat, ma!’
Benar bagai dikata. Kelibat Irwan ghaib terus. Pengajian tahun ketiga bermula. Aku separa letai menghadiri Pengajian Mesin dan Jentera. Syarahan Dr. Sayed Akhbar antara dengar dengan tidak menghinggapi pendengaran.
Faringis menyinggung bahu ketika Rekaan Asas. “Kau sihat?” dia sungguh-sungguh bertanya.
Bayangan Irwan di mana-mana.
Menunjal-nunjal kepala.
Besar impaknya lelaki itu padaku.
“Anti teringatkan kekasihkah?” perli Dr. Wahidah sewaktu Sejarah Kejuteraan Islam. Aku senyap tunduk mengutip buku catatan berterabur di lantai.
Patah tumbuh hilang berganti. Tamsilan Melayu nan murah di bibiran Abang Rees rasi bertukar teman nita seumpama menyalin baju melegari jaluran serebelum gagal mengubat rawan
Birthday girl tak boleh bersedih tahu!
Usikan Irwan menyerang tanpa dijangka.
Aku lekas-lekas meningglkan makmal komputer. Genap 23 tahun hari ini. Kurung Johor bersembat dari mama tiba semalam. Jumper kaitan benang bulu Scotland titipan Abang Rees sudah tersemat dalam almari. Gelang kristal jernih bentuk hati kiriman Kak Ayda sedia melingkari pergelangan kiri.
Ja’afar menghulur kotak berbalut semasa berpapasan di hadapan Dewan Perdana Ibn Rusyd. Amanah Irwan, ujarnya, aku diminta menyampaikan cuma.
Gopoh membuka, aku gamam menarik isi kotak keluar. Skaf merah samar tenunan benang emas buatan Turki kurapatkan ke dada. Jemari menggagau nota ringkas di celah lipatan.
Tia,
Diam bukan bererti rela,
Menegur bukan bermakna benci,
Tak kenal maka tak cinta,
Izin Allah, satu hari kita sama-sama menjejak Tanah Haram,
Kau bisa memilih warna kegemaran sendiri kelak.
Selamat ulang tahun,
Irwan.
Perlahan-lahan aku bangkit mendekati cermin. Skaf dilitup membaluti kepala. Menyelongkar bekas porselin di atas meja solek mencari kerongsang kecil. Melihat tepian seperti selalu diajar Wirda. Selesai. Tertegun menatap imejan sendiri. Pintu berkeriut. Aku berpusing. Nur Hazwani kaku di birai katil. Kertas sekeping bertulis tangan lunyai lumat dalam ramasan.
“Seluruh kampus kecoh. Irwan maut di Haifa.”
* * *
Keputusan imtihan niha’ie keluar hari ini. Aku lulus semua subjek dan disenarai penerima ijazah kepujian.
Penerbangan pulang tangah hari esok. Barang-barang siap berkemas. Beg siap berisi. Kotak-kotak kemas berikat. Cuma geruh tiba-tiba merobek dada. Meninjau deretan kedai-kedai di pekan Ismailia buat kali terakhir, kaki bagai diheret-heret meladeni putih butir-butir pasiran halus pantai Morgan.
“Majlis tahlil selepas Isyak,” Novia berbisik tatkala berpapasan di kafeteria.
Ombak nakal mengiringi langkah. Aku membiarkan hujung kain baju kurung lencun dibasahi air masin.
Genap tiga tahun Irwan pergi.
‘ ……..bas`penumpang diletupkan di Haifa, 195 km ke selatan Jerusakem, Israel mengorbankan lebih 200 penduduk Yahudi dipercayai didalangi pejuang berani mati Jihad Islam, Irwan Haq……….’
Bodohkah Irwan atau manusia cenderung mencari jalan pintas apabila tidak berdaya?
Nur Hazwani melambai dari kejauhan mengajak menyertai. Perawan Kuala Pilah itu pernah mengongoi di bahuku.
‘Aku malu bertepuk sebelah tangan, Tia!’
Sudah diciptakan seorang perempuan itu untuk seorang lelaki. Dia ditaqdim Ismail bulan lalu. “Sudah pulang, ingat aku, tahu?” Aneh, kami akrab semenjak kematian Irwan. Setiap yang berlaku punya hikmah. Tersurat atau tersirat.
Angin menyerbu laju. Aku menarik bucu tudung sutera Turki merah samar dari ditiup bayu. Darah berderau naik ke muka tiba-tiba. Pantas berlari-lari anak mencari pondok telefon berhampiran pintu besar universiti.
Nur Hazwani terpinga-pinga apabila aku mendail Penerbangan Malaysia.
“Tia, kau-“
Aku melekap jari ke bibir. Talian kedua bersambung. “Mama, Tia tangguhkan penerbangan. Tia nak ke Mekah. Umrah.”
Rebecca Ilham
Ipoh, 2001
Ulasan Faisal Tehrani:
____________________________________________
Peserta: Zainab Haron Yahya
Karya: Pepohonan Ramadhan (Sajak), Perisai Si Pahlawan (Sajak)
Jumlah Karya: 2
Email: faizzin786@yahoo.com
Pepohonan Ramadhan
Pohon-pohon itu
asalan benih iman dan taqwa
yang bercambah dari kerendahan hati
mengikis noda hitam yang terpalit
mambalut telus ibadah hanya padaNya
Pohon-pohon itu
tumbuh dari benih-benih keinsafan
dedaunan yang rimbun jadi teduhan
si abid dalam keletihan terik mentari
membahang lapar dan dahaga
Pohon-pohon itu
berkembang mekar dari siraman
air-air rahmat Khaliq yang Sani
damba si Abid mengganda ajru
sipikan sengketa sisikan saudara
Pohon-pohon itu
disulami baja-baja pengampunan
tersirat muluknya malam Al-Qadar
umpama seribu bulan ganjaran
anugerah buat si Abid yang ikhlas
Pepohonan Ramadhan
tiadakan layu dan tua
seperti usia bakal menginjak senja
amalan jariah jua kekal
menjadi pelita di kala gelita
Zainab Haron Yahya
Madinah Ahlam
Perisai Si Pahlawan
Tatkala ghazwah memuncak bahangnya
Medan juang digasak prahara samudera
Teduhan iman membenam kelana gusar
Kesatuan Ummah senjata si Pahlawan
Imannya ibarat perisai kental
Yang membela ummah dalam yakin
Juangnya berpaksi ada kerana
Megimpi nikmat syurgawi syuhada
Menopang redha empunya Arash
Musim deras berlalu usai
Hilang di telan zaman-berzaman
Perisai kian di cari jejaknya
Agenda si kuffar
Membelit perisai rapuh metah
Tercarik sukma bermandi darah
Bangkitlah senjata Ummah
Jejaki keyakinan perisai itu
Usah dibiar terus-terusan di mamah.
Zainab Haron Yahya
Nukilan mangsi hati
Kota Pantai Madinah Ahlam
Ulasan Faisal Tehrani:
Untuk : Pepohonan Ramadhan
(Apa kata kalau saya tulis semula puisi baru yang lebih jimat kata-kata dari ini? Dengan mengambil semula baris-baris dari puisi saudara? Pengulangan yang saudara lakukan terasa indah pada sudut pandang saudara tetapi menjengkelkan dan membosankan untuk pembaca. Puisi harus jimat, harus singkat, harus memuatkan kata-kata yang paling sedikit, tetapi terbaik, dan dapat menyampaikan mesej.)
Pohon-pohon itu
asalan benih iman dan taqwa
tumbuh dari benih-benih keinsafan
dedaunan yang rimbun jadi teduhan
berkembang mekar dari siraman
air-air rahmat Khaliq yang Sani
disulami baja-baja pengampunan
tersirat muluknya malam Al-Qadar
Pepohon Ramadhan
tiadakan layu dan tua
menjadi pelita di kala gelita
Untuk: Perisai Si Pahlawan
(Di bawah ini adalah sebuah puisi retorik. Awas puisi retorik boleh sahaja menjadi puisi pekik yang sia-sia dan tidak masuk menerpa ke dalam hati atau sukma. Saudara mesti membayangkan pembaca saudara tidak ikut usrah dan tidak bersama saudara, jadi cabaran untuk saudara ialah bagaimana menjadikan puisi ini indah sampai orang yang rasa tiada kena-mengena dengan ‘perang’ mahu ikut serta oleh kehalusan bahasa.)
_______________________________________________
Peserta: Nur Hafizah Mohd Noor
Karya: Hanya Gerhana (Sajak), Semalam Dan Hari Ini (Sajak)
Jumlah Karya: 2
Email: fieza_nur@yahoo.com
Hanya gerhana, yakinlah dengan kebangkitan Islam
(Menghalusi Jundullah-tsafaqatan wa akhalaqan)
Hanya gerhana,
begitu pujukku pada jiwa yang lelah
lewat infarksi khilafah Uthmaniyyah
Sedari engkau,
Putih pernah lunturkan hitam
Saat empat khulafa’ membasuh daki jahiliyah
Dengan sesuci air di multazam
Tatkala merentap mesir, syria dari tangan romawi
Nuruddin, Salahuddin, Mamaliki
Bermandi darah, keringat dan air mata
Agar nur islam terus menyala
Waima hamasah krusader dan monggol
Tiada henti menghembus bara yang hampir padam
Wahai jiwa yang gundah
Biarpun sekarang,
kita ibarat singa terikat
Kacau, rungsing dengan kealpaan diri
Ditipu licik si tikus
Biarpun dirantai kemunduran
Dilarik-larik pemikiran, ekonomi atas peta kolonisasi
Dan dicipta tembok pemisah bernama nasionalisma.
Namun,
Islam mampu bangkit!
Kerna tanah-tanah, gunung ganang dan padang pasir kita
Terlimpah kekayaan luar biasa
Shaksiah Islami pantas memugar kembali
Akhlaq insan nazak diserang virus westernisasi
Wacana fikir generasi rabbani mampu merentas semesta
Membina bangunan ummah pada satu paksi
Ayuh,
Kita tiupkan kembali ‘izzatul islam
Saat itu,
Tonybee pasti kan terkesima
Pabila wehdatul ummah bangun dari lena panjang
Dan Paramashdor kan mengigit jari
Pabila barisan islam turun dari langit
Membenarkan hitungannya!
fiezanur
3 November 2006
harold’s cross, Dublin
SEMALAM DAN HARI INI (baina al ams wal yaum)
(menghalusi tema PUISI 2006-7 habits of highly effective muslim)
Semalam aku bertatih dalam sinar kelam
Mengeja kehidupan
walau payah seringkali menjenguk
Lorong kaca itu
Kususuri walau satu demi satu langkahku
Menagih darah, keringat dan air mataku
Pada asbab;
Aku tidak tegar melihat jerih payah
Ayahanda bonda tergadai dek kemalasan dan kelemahanku
Pada asbab;
Aku ingin meniti sinar kejayaan
Waima diri serba kurang
Sungguh janji Tuhan itu pasti
Tiada siapa yang berusaha, melainkan Kau membayarnya
Sedetik aku bertatih di lorong kaca
Aku tiba di boulevard penuh ranjau duri
Tuhan, sesungguhnya Kau masih mahu menguji
Aku merangkak, berjalan dan kalau perlu berlari
Mengejar kejayaan; yang kupasti ada di hujung sana
Musim yang empat, itulah saksi setia jatuh bangunku
Sejuk salju tak bisa memendam beku semangatku
Azamku tak bisa gugur bersama kekuningan daun musim luruh
Mentari yang mencengkam tak bisa menghambat aku bermalasan
Di teduhan lagha
Warna-warna yang mekar lewat musim bunga tak bisa melalai diri
Dengan pesona dunia
Wal hasil, kini
Aku hampir tamat pengajian di madrasah hidup
Ijazahku; muslim yang cemerlang dalam tribulasi dunia
Dan imtihan ukhrawi
Tuhan, saksikanlah wahai Yang Maha Menyaksikan
Keihklasan abid-Mu dan kesungguh khalifah-Mu ini
Dalam mengimarahkan dar al fana
Demi berteduh di bawah redhaMu.
fiezanur
harold’s cross
23 oktober 2006
Ulasan Faisal Tehrani:
Untuk: Hanya gerhana, yakinlah dengan kebangkitan Islam

(Puisi adalah sesuatu yang amat subjektif. Apa sahaja boleh jadi puisi, tulis apa sahaja boleh jadi sajak. Tahu apa kata watak guru puisi dalam Dead Poet Society, ‘tulis tentang apa sahaja, hal mudah pun tak mengapa, tapi jangan ordinary (biasa))
Peserta: Nur Hafizah Mohd Noor
Karya: Hanya Gerhana (Sajak), Semalam Dan Hari Ini (Sajak)
Jumlah Karya: 2
Email: fieza_nur@yahoo.com
Hanya gerhana, yakinlah dengan kebangkitan Islam
(Menghalusi Jundullah-tsafaqatan wa akhalaqan)
Hanya gerhana,
begitu pujukku pada jiwa yang lelah
lewat infarksi khilafah Uthmaniyyah
Sedari engkau,
Putih pernah lunturkan hitam
Saat empat khulafa’ membasuh daki jahiliyah
Dengan sesuci air di multazam
Tatkala merentap mesir, syria dari tangan romawi
Nuruddin, Salahuddin, Mamaliki
Bermandi darah, keringat dan air mata
Agar nur islam terus menyala
Waima hamasah krusader dan monggol
Tiada henti menghembus bara yang hampir padam
Wahai jiwa yang gundah
Biarpun sekarang,
kita ibarat singa terikat
Kacau, rungsing dengan kealpaan diri
Ditipu licik si tikus
Biarpun dirantai kemunduran
Dilarik-larik pemikiran, ekonomi atas peta kolonisasi
Dan dicipta tembok pemisah bernama nasionalisma.
Namun,
Islam mampu bangkit!
Kerna tanah-tanah, gunung ganang dan padang pasir kita
Terlimpah kekayaan luar biasa
Shaksiah Islami pantas memugar kembali
Akhlaq insan nazak diserang virus westernisasi
Wacana fikir generasi rabbani mampu merentas semesta
Membina bangunan ummah pada satu paksi
Ayuh,
Kita tiupkan kembali ‘izzatul islam
Saat itu,
Tonybee pasti kan terkesima
Pabila wehdatul ummah bangun dari lena panjang
Dan Paramashdor kan mengigit jari
Pabila barisan islam turun dari langit
Membenarkan hitungannya!
fiezanur
3 November 2006
harold’s cross, Dublin
SEMALAM DAN HARI INI (baina al ams wal yaum)
(menghalusi tema PUISI 2006-7 habits of highly effective muslim)
Semalam aku bertatih dalam sinar kelam
Mengeja kehidupan
walau payah seringkali menjenguk
Lorong kaca itu
Kususuri walau satu demi satu langkahku
Menagih darah, keringat dan air mataku
Pada asbab;
Aku tidak tegar melihat jerih payah
Ayahanda bonda tergadai dek kemalasan dan kelemahanku
Pada asbab;
Aku ingin meniti sinar kejayaan
Waima diri serba kurang
Sungguh janji Tuhan itu pasti
Tiada siapa yang berusaha, melainkan Kau membayarnya
Sedetik aku bertatih di lorong kaca
Aku tiba di boulevard penuh ranjau duri
Tuhan, sesungguhnya Kau masih mahu menguji
Aku merangkak, berjalan dan kalau perlu berlari
Mengejar kejayaan; yang kupasti ada di hujung sana
Musim yang empat, itulah saksi setia jatuh bangunku
Sejuk salju tak bisa memendam beku semangatku
Azamku tak bisa gugur bersama kekuningan daun musim luruh
Mentari yang mencengkam tak bisa menghambat aku bermalasan
Di teduhan lagha
Warna-warna yang mekar lewat musim bunga tak bisa melalai diri
Dengan pesona dunia
Wal hasil, kini
Aku hampir tamat pengajian di madrasah hidup
Ijazahku; muslim yang cemerlang dalam tribulasi dunia
Dan imtihan ukhrawi
Tuhan, saksikanlah wahai Yang Maha Menyaksikan
Keihklasan abid-Mu dan kesungguh khalifah-Mu ini
Dalam mengimarahkan dar al fana
Demi berteduh di bawah redhaMu.
fiezanur
harold’s cross
23 oktober 2006
Ulasan Faisal Tehrani:
Untuk: Hanya gerhana, yakinlah dengan kebangkitan Islam
Hanya gerhana, yakinlah dengan kebangkitan Islam
(Menghalusi Jundullah-tsafaqatan wa akhalaqan)
Hanya gerhana,
begitu pujukku pada jiwa yang lelah
lewat infarksi khilafah Uthmaniyyah
(Puisi adalah sesuatu yang amat subjektif. Apa sahaja boleh jadi puisi, tulis apa sahaja boleh jadi sajak. Tahu apa kata watak guru puisi dalam Dead Poet Society, ‘tulis tentang apa sahaja, hal mudah pun tak mengapa, tapi jangan ordinary (biasa))
(Puisi ini adalah jenis puisi slogan atau retorik. Puisi jenis pekik begini (puisi yang lebih peribadi selalunya dinamai puisi bisik) boleh dan mudah untuk tergelincir menjadi sesuatu yang membosankan (jika pembacanya bukan dalam kalangan yang diseru), atau menyampah (jika pembacanya lain ideologi) atau kesannya tidak indah. Puisi, apa itu puisi? Puisi ialah keindahan. Nah, perhatikan kalimat infarksi, setakat manakah indahnya? Penggunaan bahasa melayu yang lebih halus tentu sahaja boleh difikirkan berbanding satu kalimat yang menggeliatkan lidah langsung menjadikan puisi hilang fungsinya iaitu menggugah jiwa, dan itu berlaku di perenggan pertama!)
Diksi ‘jiwa yang lelah’ kurang mengujakan dan tidak memberi getar emosi kepada pembaca. Apa yang mesti penyair baru ingat ialah puisi mesti indah tetapi itu tidak bermakna ia juga mesti melankolik. Sebetulnya ‘hanya gerhana’ sangat langsung frasa ini. Barangkali lebih baik jika ia menjadi:
Gerhana sementara
bujuk sukma
setelah rebah khilafah.
(Saudara mesti ingat puisi juga mestilah ekonomi dari segala kata-kata. Minimakan penggunaan kalimat seboleh mungkin dalam menyampaikan mesej. Jadi bandingkan ‘bujuk sukma’ dengan ‘begitu pujukku pada jiwa yang lelah’. Puisi juga harus mengandung misteri, jika awal-awal lagi saudara sudah menangisi kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, sudah hilang suspen, thrill, ujaan dan sebagainya. Malah jika tidak disebut khilafah Uthmaniyyah lebih baik kerana kita bukan sahaja duka akan rebahnya Uthmaniyyah sahaja, tetapi juga oleh ketamadunan di Andalusia, Moghul di India, kesultanan Melayu di Manila dan argh banyak lagi, maka ia tak harus jadi yang khusus seawal ini. Ingat, puisi mesti ada misteri.)
Sedari engkau,
Putih pernah lunturkan hitam
Saat empat khulafa’ membasuh daki jahiliyah
Dengan sesuci air di multazam
Tatkala merentap mesir, syria dari tangan romawi
Nuruddin, Salahuddin, Mamaliki
Bermandi darah, keringat dan air mata
Agar nur islam terus menyala
Waima hamasah krusader dan monggol
Tiada henti menghembus bara yang hampir padam
(Bandingan putih dan hitam adalah klise. Dan dalam karya sastera klise adalah sesuatu yang fatal! Usahakan bandingan yang lebih baru. Saya hilang minat sejak perenggan kedua ini. Mengapa? Oh penggunaan kalimat ‘merentap’ sangat kurang ajar sekali. Islam tidak pernah merentap mana-mana wilayah tetapi membersihkannya, mereformasikannya, kerana itu kita namai jatuhnya Mekah ke tangan Muslimin dengan pembukaan kota Mekah. Bukan penaklukan kota Mekah.)
Perhatikan lagi klise pada frasa ‘bermandi darah, keringat dan air mata’. Atau ‘nur Islam terus menyala’. Argh watak guru dalam Dead Poet Society akan mengatakan, ia terlalu ordinary! Juga terlalu retorik dan slogan. Puisi ini boleh dikatakan ketinggalan zaman, kerana jenis bersemangat begini hanya ditulis oleh Abuya satu masa dahulu)
Wahai jiwa yang gundah
Biarpun sekarang,
kita ibarat singa terikat
Kacau, rungsing dengan kealpaan diri
Ditipu licik si tikus
Biarpun dirantai kemunduran
Dilarik-larik pemikiran, ekonomi atas peta kolonisasi
Dan dicipta tembok pemisah bernama nasionalisma.
(Oh ini bukan puisi, ini esei.)
Namun,
Islam mampu bangkit!
Kerna tanah-tanah, gunung ganang dan padang pasir kita
Terlimpah kekayaan luar biasa
Shaksiah Islami pantas memugar kembali
Akhlaq insan nazak diserang virus westernisasi
Wacana fikir generasi rabbani mampu merentas semesta
Membina bangunan ummah pada satu paksi
(Jangan guna tanda seru jika tak perlu. Tanda seru pada frasa ‘Islam mampu bangkit!’ menjadikan karya puisi begini puisi bacaan atau puisi pentas (yakni layak untuk dideklamasikan tetapi sukar untuk dihayati pada waktu damai. Perkataan yang tidak indah lain ialah: westernisasi.)
Ayuh,
Kita tiupkan kembali ‘izzatul islam
Saat itu,
Tonybee pasti kan terkesima
Pabila wehdatul ummah bangun dari lena panjang
Dan Paramashdor kan mengigit jari
Pabila barisan islam turun dari langit
Membenarkan hitungannya!
(Saudara, saya pasti Toynbee TAK akan terkesima sedikit pun. Puisi dengan roh Islam atau jihad tidak semestinya berbau seruan. Pernah baca puisi panjang Pak Samad Said, Balada Hilang Peta tentang tragedi Natrah di Singapura? Bahasanya halus, puisinya pekik kerana melibatkan hal masyarakat tetapi dalam kehalusan itu (tanpa seruan dan retorik) kita rasa mahu bangkit dan memperjuangkan maruah seorang wanita Islam, begitu juga puisi-puisi Usman Awang. Saya merasakan puisi ini sangat langsung. Puisi haruslah membicarakan satu-satu tema dengan cara yang amat tidak langsung. Disitulah timbulnya keindahan.Berdasarkan pemilihan kata, puisi ini disiapkan dengan tergesa-gesa. Penyairnya kurang membaca puisi orang lain (ini tidak harus berlaku, syarat karyawan yang baik ialah membaca karya lain). Dan ghairah memasukkan silibus usrah dalam puisinya.)
fiezanur
3 November 2006
harold’s cross, Dublin
Untuk: SEMALAM DAN HARI INI (baina al ams wal yaum)
SEMALAM DAN HARI INI (baina al ams wal yaum)
(menghalusi tema PUISI 2006-7 habits of highly effective muslim)
Semalam aku bertatih dalam sinar kelam
Mengeja kehidupan
walau payah seringkali menjenguk
(Permulaan yang begitu promosing.)
Lorong kaca itu
Kususuri walau satu demi satu langkahku
Menagih darah, keringat dan air mataku
Pada asbab;
Aku tidak tegar melihat jerih payah
Ayahanda bonda tergadai dek kemalasan dan kelemahanku
Pada asbab;
Aku ingin meniti sinar kejayaan
Waima diri serba kurang
(Keindahan puisi tiba-tiba hilang seolah-olah penyair mahu bercakap-cakap biasa sahaja. Untuk jadi luar biasa harus ada misterius, metafora dan sebagainya.)
Sungguh janji Tuhan itu pasti
Tiada siapa yang berusaha, melainkan Kau membayarnya
Sedetik aku bertatih di lorong kaca
Aku tiba di boulevard penuh ranjau duri
Tuhan, sesungguhnya Kau masih mahu menguji
Aku merangkak, berjalan dan kalau perlu berlari
Mengejar kejayaan; yang kupasti ada di hujung sana
(Elakkan bahasa lain dari bahasa Melayu untuk mengekalkan keaslian dan keindahan.)
Musim yang empat, itulah saksi setia jatuh bangunku
Sejuk salju tak bisa memendam beku semangatku
Azamku tak bisa gugur bersama kekuningan daun musim luruh
Mentari yang mencengkam tak bisa menghambat aku bermalasan
Di teduhan lagha
Warna-warna yang mekar lewat musim bunga tak bisa melalai diri
Dengan pesona dunia
(Lihat frasa ‘saksi setia jatuh bangunku’ adalah satu frasa yang klise, saya cabar adik-adik untuk jadi lebih kreatif)
Wal hasil, kini
Aku hampir tamat pengajian di madrasah hidup
Ijazahku; muslim yang cemerlang dalam tribulasi dunia
Dan imtihan ukhrawi
Tuhan, saksikanlah wahai Yang Maha Menyaksikan
Keihklasan abid-Mu dan kesungguh khalifah-Mu ini
Dalam mengimarahkan dar al fana
Demi berteduh di bawah redhaMu.
fiezanur
harold’s cross
23 oktober 2006
__________________________________________
Peserta: Nor Azlina Idris
Karya: Pertemuan dan Perpisahan (Sajak), Sahabatku (Sajak)
Jumlah Karya: 2
Email: (1) qalbiey_humaira@yahoo.com (2) wahana_nida@yahoo.com
Pertemuan dan Perpisahan
Oleh: Nor Azlina Idris
Bahagianya pertemuan
Persis bunga mekar mewangi
Terjalin hubunga dua insane
Berkembang dilubuk hati
Akal mengumpul pertanyaan
Hati bersilih jawapan
Senyum mengukir lirikan
Thabit segala keraguan
Menyulan tawa dan tangisan
Mewarnai dunia kehidupan
Bersama-sama mengatur perjalanan
Memasakkan kalam Tuhan
Atas keikhlasan diri
Atas perjuangkan Addin
Perpisahan kian bersemi
Antara kita ia terjadi
Kenangilah perjalanan kita bersama
Menghadapi segala ujian dan cabaran
Merungkai rentetan permasalahan
Jangan dilupakan
Kukuhkan ikatan persahabatan kita
Eratkan hubungan temali kita
Biar hati kita bersatu walau dua jiwa
Moga kita beriringan akhirnya
Sahabatku…

Sahabatku
Oleh Nor Azlina Idris
Sahabatku,
Ketahuilah…
Gemilang cinta Rabbi
Kasih-Nya dan anugerah-Nya
Kudrat-Nya jua iradat-Nya
Menginsafkan diri leka lama
Sahabatku,
Bangunlah dari khayalan angan
Membelai jiwa sukma
Sedarlah dari lamunan panjang
Kejarlah bayangan gemilang
Sahabatku
Seantero dunia melambai kita
Sepelusuk atma mengintai kita
Kerana agama Allah itu satu
Kerana itu kita berpadu
Buktikan…
Buktikan sahabatku…
Kita mampu…
Kita mampu melakukan
Kita mampu melaksanakan
Pasakkan niat yang jitu
Tindakan yang mercu
Kewajaran berlandaskan keimanan
Menghapuskan ritma kebatilan
Oleh itu sahabatku
Pejamkan matamu
Pagari kisah-kisah semalam
Renungi hari-hari mendatang
Saat itu ingatlah…
Cahaya ilmumu...impian ummah.
Ulasan Faisal Tehrani:
Untuk: Pertemuan dan Perpisahan
Untuk: Sahabatku
Oleh Nor Azlina Idris
Sahabatku,
Ketahuilah…
Gemilang cinta Rabbi
Kasih-Nya dan anugerah-Nya
Kudrat-Nya jua iradat-Nya
Menginsafkan diri leka lama
Sahabatku,
Bangunlah dari khayalan angan
Membelai jiwa sukma
Sedarlah dari lamunan panjang
Kejarlah bayangan gemilang
Sahabatku
Seantero dunia melambai kita
Sepelusuk atma mengintai kita
Kerana agama Allah itu satu
Kerana itu kita berpadu
Buktikan…
Buktikan sahabatku…
Kita mampu…
Kita mampu melakukan
Kita mampu melaksanakan
Pasakkan niat yang jitu
Tindakan yang mercu
Kewajaran berlandaskan keimanan
Menghapuskan ritma kebatilan
Oleh itu sahabatku
Pejamkan matamu
Pagari kisah-kisah semalam
Renungi hari-hari mendatang
Saat itu ingatlah…
Cahaya ilmumu...impian ummah.
Ulasan Faisal Tehrani:
Untuk: Pertemuan dan Perpisahan
Untuk: Sahabatku