Saturday, July 28, 2007

Catatan Hukum Alat Muzik Bertali

Catatan Saya:

Bagi mengimbangi kekeliruan tentang haramnya penggunaan alat muzik bertali, saya letakkan pendapat Qardhawi dan beberapa tokoh ummah beserta dengan tulisan ini.

Gitar tidak ujud di zaman salaf tapi alat2 muzik bertali ni dikenali dgn nama ' alMa'azif (المعازق). Ia juga dikenali dgn alat2 muzik petik. Hadith yg melarangnya ialah hadith alBukhari dari Abu Malik alAsy'ari: ليكونن من أمتي أقوام يستحلون ‏ ‏الحر ‏ ‏والحرير والخمر والمعازف terjemahnya: " sungguh akan terjadi satu qaum dari ummatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat muzik petik." (Bukhari: bab alAsyribah, # 5590). Hadith ini mu'allaq (tanpa sanad) dan ia menjadi khilaf di kalangan ahli hadith apakah hadith ini boleh dijadikan hujah. Ibn Hazm dan Dr alQardhawi (Fiqh alGhinaa' wal Musiqii) mengatakan hadith ini tidak boleh dijadikan hujah kerana kecacatannya kerana dalam jalur periwayatannya terdapat perawi bernama Hisyam bin Amar, perawi Syria yang bermasalah. Ini diakui sendiri oleh Ibn Hajar dalam Hadyu Sari/448. Maka gitar tidak haram pada zatnya (fizikal gitar itu). Ini bermakna hukum bermain gitar itu tidaklah haram. Ia sama spt motor atau kereta. Keduanya harus dan halal. Tapi jika kereta itu digunakan utk lumba haram, utk bermegah-megah, utk ke Pub dan nightclub, maka itu dinamakan salah guna. Begitu juga gitar tadi, lagu apa yg dimainkan, apakah imej seorang pemain gitar di mata masyarakat? suasana gitar itu dipetik...itulah yg perlu dikaitkan. Tapi hukum gitar dan petikan gitar perse..tidaklah ada masalah. Ia menjadi masalah bila dikaitkan dgn utk apa, kenapa, di mana, bagaimana, dalam suasana apa, lagu apa?
(alQardhawi, Fiqh alGhinaa' wal Musiqi, maktabah Wahbah, 2001)
sekian (Sumber: Panel Fiqh AlAhkam, thtl)